suria

Lima Lagi Perusuh Ditangkap Di Lenggeng

SEREMBAN: Seramai lima lagi pendatang tanpa izin yang melarikan diri setelah membakar sebuah blok bangunan kediaman mereka di Depot Tahanan Imigresen Lenggeng semalam berjaya ditahan oleh pihak berkuasa petang tadi.

Jurucakap depot itu memberitahu, kelima-lima lelaki itu ditahan di sekitar Lenggeng pada pukul 6.10 petang.

"Dengan tangkapan itu, jumlah keseluruhan yang berjaya ditahan ialah 28 orang sementara 81 lagi masih bebas," jelasnya.

Sekitar pukul 9.45 malam semalam, seramai 109 pendatang asing dari Myanmar, Nepal, Bangladesh, Vietnam, Thailand dan Iran yang mendiami Blok A depot tersebut telah merusuh sebelum membakar bangunan blok itu untuk melarikan diri.

Kira-kira 200 anggota polis, imigresen dan Rela dengan dibantu oleh unit helikopter serta K9 dikerah untuk mencari mereka yang masih bebas itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain