suria

Pembangkang Akan Tolak Usul Tubuh Suruhanjaya - Karpal

KUALA LUMPUR: Pakatan pembangkang akan menolak sekiranya usul menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat rakaman video aksi seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin parti pembangkang dibentangkan di Parlimen.

Pengerusi DAP Karpal Singh berkata isu berkenaan tidak memerlukan kepada penubuhan suruhajaya kerana kes itu telah dilaporkan kepada polis.

"Suruhanjaya siasatan diraja lazimnya ditubuhkan bagi menyiasat perkara-perkara besar seperti rakaman video Lingam yang membabitkan pegawai tinggi," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen Selasa.

Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dilaporkan berkata, Barisan Nasional akan membawa usul penubuhan suruhanjaya itu ke Parlimen. - BERNAMA

Artikel Lain