suria

Klip Video Seks Dikeluarkan Dari Youtube

PETALING JAYA: Klip video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin utama parti pembangkang yang telah dimuat naik ke laman web Youtube telah dikeluarkan dari laman itu tengah malam semalam.

Video berdurasi 47 saat itu dimuat naik dalam Youtube pada Ahad dan turut disebarkan dalam laman sosial Facebook pada Isnin.

Satu notis dikeluarkan oleh pihak Youtube pada 11.35 malam semalam berhubung pengeluaran video itu dari laman web itu dengan menyatakan 'ia melanggar polisi berhubung kandungan video yang mempunyai aksi seksual'.

Dalam pada itu, beberapa pengarang media yang telah menonton video berdurasi 22 minit pada 21 Mac lalu mengesahkan video yang tersebar adalah sama.

Pada 25 Mac lalu, Syazril Eskay dan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik menyerahkan pita video seks dan jam tangan Omega kepada polis pada Khamis walaupun sebelum ini berkeras enggan berbuat demikian yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka berdua adalah trio 'Datuk T' yang mengaku termasuk Datuk Shuib Lazim sebagai yang bertanggungjawab memperlihatkan kepada wakil media klip video seks terbabit pada Isnin.

Anwar yang menafikan beliau adalah lelaki di dalam klip berkenaan pada Selasa membuat laporan polis mendakwa 'Datuk T mengugutnya dan isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Artikel Lain