Majistret Nasihat Pencuri Arak Agar Insaf - Semasa | mStar

Majistret Nasihat Pencuri Arak Agar Insaf

KUALA LUMPUR: Seorang majistret di sini pada Isnin, menasihatkan seorang pekerja bakeri yang beragama Islam untuk menginsafi perbuatannya mencuri dan meminum minuman keras.

Majistret Zulkipli Abdullah berkata, tertuduh, Mohd Ridzuan Haya, 26, seharusnya tahu akan balasan yang akan diberikan oleh Allah terhadap kesalahan tersebut.

“Saya harap kamu bertaubat dan menyedari kesilapan yang telah kamu lakukan. Hanya dengan itu, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu.

“Ini baru hukuman dunia, belum lagi pembalasan di akhirat yang sudah tentu lebih besar,” katanya.

Zulkipli kemudiannya memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara selama tiga hari dan membayar denda RM1,000 selepas menerima pengakuan salah tertuduh terhadap pertuduhan mencuri sebotol minuman keras Red Wine yang diminumnya di sebuah pusat hiburan.

Beliau juga memerintahkan supaya tempoh penjara ditambah 14 hari, jika tertuduh gagal menjelaskan denda tersebut.

Tertuduh didakwa mencuri minuman yang berharga RM119 itu pada pukul 1.06 pagi, 2 April lalu di Rum Jugle, Jalan P Ramlee, Bukit Bintang, di sini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Haderiah Siri mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda, jika sabit kesalahan.

Artikel Sebelum

Mahkamah Denda Pemilik Anjing RM4,000

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain