suria

Cuaca Cerah Di Sarawak Pada Hari Penamaan Calon

KUCHING: Cuaca diramalkan cerah pada sebelah pagi di seluruh negeri Sarawak kecuali di beberapa kawasan pada hari penamaan calon bagi pilihan raya negeri 16 April, Rabu ini.

Menurut jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia, hujan sekejap-sekejap diramalkan di kawasan pesisir pantai di Miri, Bintulu, Limbang dan Mukah pada sebelah pagi dan diikuti ribut petir pada tengah hari.

"Umumnya keadaan cuaca adalah cerah pada sebelah pagi di kebanyakan kawasan pada Rabu. Di Kuching, Kota Samarahan dan Sri Aman diramalkan hujan sekejap-sekejap pada tengah hari," kata jurucakap itu ketika dihubungi pada Isnin.

Beliau berkata hujan sekejap-sekejap juga diramalkan berlaku pada tengah hari di kawasan zon tengah negeri ini. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain