Najib Tiba Di Pulau Pinang Untuk Lawatan Kerja Sehari - Semasa | mStar

Najib Tiba Di Pulau Pinang Untuk Lawatan Kerja Sehari

GEORGE TOWN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada pukul 9 pagi Sabtu untuk lawatan kerja sehari di Pulau Pinang.

Kira-kira 1,000 orang menyambut ketibaan Perdana Menteri dan rombongan di lapangan terbang, dalam keadaan hujan.

Antara pemimpin politik yang kelihatan ialah Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Tan Seri Dr Koh Tsu Koon, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Seri Zainal Abidin Osman dan Pengerusi Gerakan Negeri Datuk Seri Dr Teng Hock Nan.

Sejurus tiba, tugas Perdana Menteri terus dimulakan dengan sesi taklimat ringkas berhubung masalah yang dihadapi oleh pemandu teksi Pulau Pinang, dan dalam tempoh yang singkat ekoran jadual kerja yang ketat itu, Pengerusi Gabungan Pemandu Teksi Pulau Pinang Abdul Malik Darus sempat menyerahkan memorandum mengenai masalah mereka kepada Najib.

Perdana Menteri kemudiannya meluangkan masa bertemu serta beramah mesra dengan kira-kira 500 pemandu teksi, dan sempat menampal pelekat '1Malaysia' di salah sebuah teksi di situ.

Beliau kemudiannya terus ke Pasar Awam Taman Tun Sardon di Gelugor, Pasar Awam Jelutong, Pasar Awam Kampung Melayu dan Pasar Padang Tembak, untuk tinjauan mesra.

Tengah hari ini Perdana Menteri dijadual menghadiri majlis jamuan bersama rakyat di perkarangan Masjid Permatang Pasir, Balik Pulau, yang dijangka dihadiri lebih 15,000 rakyat daripada pelbagai kaum.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) kemudiannya dijadual bertemu dengan pemimpin-pemimpin BN negeri di Kompleks Tabung Haji, sebelum bertemu rakan-rakan Facebook di Hotel Equatorial.

Beliau seterusnya akan menyaksikan persembahan Kebudayaan India di Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA) dan menghadiri majlis makan malam anjuran Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) sebelum berlepas kembali ke ibu negara pada pukul 11 malam. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Malaysia-Indonesia Capai Kata Sepakat

Artikel Berikut

Najib Yakin Rampas Kembali P.Pinang

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain