suria

Perdana Menteri Terima Kunjungan Delegasi China

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis menerima kunjungan hormat delegasi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Negara China di pejabat beliau di bangunan Parlimen di sini.

Dalam kunjungan kira-kira setengah jam itu, kedua-kedua pemimpin mengambil peluang berbincang isu hubungan dua hala negara terutama dalam bidang ekonomi dan perdagangan selain merapatkan lagi hubungan yang sedia terjalin.

Delegasi seramai 14 orang itu diketuai oleh Naib Presiden Jawatankuasa itu Hua Jianmin.

Terdahulu, delegasi itu turut mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagi bertukar-tukar pendapat dan mempelajari sistem Parlimen di Malaysia.

Selepas pertemuan dengan Pandikar Amin, delegasi berkenaan kemudiannya melakukan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain