suria

Peniaga Buat Laporan SPRM Minta Siasat Jual Beli Lot Kedai Di Pasar Lama Arked MPKB

KOTA BAHARU: Seramai 20 wakil peniaga di Pasar Lama Arked Majlis Perbandaran Kota Baharu (MBKB) pada Khamis membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penjualan arked MPKB.

Laporan itu diserahkan kepada Timbalan Pengarah SPRM Kelantan, Che Aziz Hamzah, pagi Khamis.

Wakil mereka, Mohd Zaman Yussof, berkata laporan itu dibuat berikutan kemusykilan yang timbul mengenai penjualan arked MPKB kepada sebuah syarikat.

Sebelum ini, 415 peniaga dari Pasar Arked Lambok UDA dan Pasar Majlis Perbandaran Kota Baharu, yang akan dipindahkan ke Bazar Tok Guru, melahirkan rasa tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri terutama Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) kerana lot perniagaan di situ dijual pada harga RM80,000 dan RM90,000 sedangkan keluasan lot kedai dianggap sangat kecil. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain