suria

Dua Pusat Pemindahan Di Padang Besar Ditutup

KANGAR: Dua daripada 10 pusat pemindahan banjir di Padang Besar ditutup berikutan beberapa kawasan yang dilanda banjir di utara Perlis mulai surut.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Perlis berkata, sebanyak 3,397 mangsa banjir di Perlis masih lagi ditempatkan di 35 pusat pemindahan sehingga pukul 12.30 tengah hari Khamis

Jumlah itu berkurangan berbanding 3,488 mangsa yang ditempatkan di beberapa pusat pemindahan banjir pukul 10 pagi Khamis

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail turut meninjau mangsa-mangsa banjir. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain