suria

Teoh Sedar Semasa Jatuh - Pakar Forensik Britain

KUALA LUMPUR: Pakar forensik Britain, Dr Peter Venezis berpendapat pembantu politik, Teoh Beng Hock berada dalam keadaan sedar semasa jatuh dipercayai dari pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dua tahun lalu.

Venezis menambah, pendapat itu dibuat berdasarkan kesan kecederaan yang dialami oleh mangsa, yang kebanyakkannya tertumpu di bahagian kaki.

"Kecederaan kaki menunjukkan Teoh cuba untuk mempertahankan diri semasa jatuh," katanya semasa prosiding suruhanjaya siasatan kematian Teoh di sini, Selasa.

Teoh, 30, yang merupakan pembantu politik kepada ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai 2009, beberapa jam selepas dia memberi keterangan kepada SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan wang peruntukan Kerajaan Negeri Selangor.

Artikel Lain