suria

Pegawai SPRM Ambil Dokumen Ahli MBSA

SHAH ALAM: Beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin mengambil sejumlah besar dokumen dari pejabat seorang ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif DAP, Ang Leng Kiat di Pelabuhan Klang.

Pasukan SPRM itu tiba di pejabat Ang pada kira-kira 10 pagi dan meninggalkan premis berkenaan kira-kira pukul 5 petang tadi bersama 50 hingga 60 kotak besar yang mengandungi pelbagai dokumen.

Ang ketika dihubungi berkata pihak SPRM tiba di pejabatnya untuk mencari dokumen tertentu tanpa memaklumkan kepada beliau dokumen apa yang dicari dan bentuk siasatan itu, sama ada ia membabitkan perniagaan beliau atau DAP.

"Saya tidak ada masalah untuk mereka datang ke pejabat saya dan ambil dokumen apa yang mereka mahukan, kami beri kerjasama," katanya. BERNAMA

Artikel Lain