suria

Larangan Loteri Di Kelantan Kekal

KOTA BARU: Pengharaman penjualan tiket loteri Big Sweep di negeri ini adalah kekal.

Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Azlan Abdul Halim telah memaklumkan kepada kerajaan negeri bahawa mereka telah bertindak di dalam lingkungan kuasa mereka dalam menguatkuasakan larangan tersebut.

Perkara ini telah disahkan oleh Exco Kerajaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan kepada para pemberita, Isnin.

Beliau berkata, Azlan memaklumkan perkara ini selepas menerima arahan daripada menteri besar untuk mengkaji sama ada keputusan untuk mengharamkan penjualan tiket loteri itu bercanggah dengan undang-undang atau tidak.

“Oleh yang demikian, keputusan untuk mengharamkan penjualan tiket loteri di negeri ini adalah kekal,” ujarnya.

Dalam pada itu, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, pihaknya telah mengarahkan para peguam parti itu mengkaji kemungkinan membawa kes ini ke mahkamah kerana bercanggah dengan perlembagaan persekutuan.

Artikel Lain