suria

PM Akan Teliti Senarai Lebih Satu Nama Untuk Pilihan Raya Sarawak

KLUANG: Datuk Seri Najib akan meneliti lebih daripada seorang calon bagi setiap kerusi yang ditandingi untuk dipertimbangkan pada Pilihan Raya Negeri Sarawak yang berlangsung 16 April ini.

Perdana Menteri berkata, kriteria calon yang akan dipilih ialah pemimpin terbaik untuk memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) di di negeri itu.

"Ya, saya akan adakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sarawak (Tan Sri Abdul Taib Mahmud) tidak lama lagi.

"Kita akan pilih calon-calon yang berpotensi dan terbaik pada masa untuk menang," katanya semasa ditanya mengenai kriteria calon yang akan ditampilkan B Npada pilihan negeri itu bulan depan.

Najib ditemui selepas merasmikan Pusat Pemulihan Pemasyarakatan di Kem Mahkota, di sini, Sabtu.

Turut hadir ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Ditanya adakah beliau ada rekod sendiri mengenai calon-calon yang akan dipertimbangakan, Perdana Menteri menjawab: 'Itu rahsia."

Menurutnya, pada kebiasaannya senarai nama calon yang diberikan untuk dipertimbangkan lebih daripada satu nama.

Baru-baru ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapakan hadir penamanan calon Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 ditetapkan pada 6 April, manakala hari pengundian pada 16 April ini.- BERNAMA

Artikel Lain