Kerajaan Komited Laksan GTP Dengan Lebih Tegap, Jauh Dan Pantas - Semasa | mStar

Kerajaan Komited Laksan GTP Dengan Lebih Tegap, Jauh Dan Pantas

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersedia melaksanakan Program Transformasi Kerajaan (GTP) pada tahun kedua dalam fasa pertama iaitu 2010 hingga 2012 dengan lebih tegap, lebih jauh dan lebih pantas.

Laporan Tahunan 2010 Program Transformasi Kerajaan (GTP) terbitan Jabatan Perdana Menteri menyatakan pelaksanaannya tanpa ragu-ragu lagi merupakan titik yang melakar perubahan dalam sejarah Malaysia.

GTP, yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada April 2009, menandakan garis bermulanya era transformasi dan perubahan yang belum pernah berlaku sebelum ini.

"Pada asasnya, GTP telah memberikan dimensi baru terhadap definisi sebenar sempadan kemungkinan yang boleh kita capai dalam sesebuah negara," kata laporan itu.

Meskipun laporan tahunan GTP merekodkan hasil GTP yang ketara dalam bentuk fakta dan angka, tetapi terdapat satu lagi sisi yang amat mengujakan, terutamanya taraf hidup rakyat yang telah berubah menjadi lebih baik.

"Tahun pertama perlaksanaan GTP sesungguhnya telah menghamparkan harapan dan masa hadapan yang cerah kepada banyak pihak," kata laporan itu.

Menurut laporan tahunan itu tidak ada detik yang lebih membakar semangat selain ketika memulakan perlaksanaan, berhadapan dengan pengkritik dan juga apabila berhadapan mereka yang tergamak mempersendakan GTP.

Tuduhan itu telah dijawab dengan penuh berhikmah dan bukannya melalui retorik mahupun debat, tetapi dengan menunjukkan prestasi yang hebat dan keberhasilan nyata yang boleh dilihat.

Menurut laporan itu masih banyak kerja yang perlu dilunaskan dan kerajaan akan menggandakan usaha untuk menetapkan sasaran yang lebih tinggi dan menjana keputusan yang lebih mengagumkan pada masa hadapan.

"Dalam kebanyakan bidang, GTP telah mencapai lebih dari sasaran dan semua ini dilakukan dalam batasan belanjawan dan pada masa-masa tertentu di bawah paras belanjawan yang ada.

"Sebahagian besar keberhasilan ini merupakan yang pertama seumpamanya dalam sejarah negara tetapi ia dicapai dalam tempoh yang tidak pun mencecah setahun.

"Selain meraih prestasi yang membanggakan, GTP juga bergerak dalam batasan perbelanjaan yang dibenarkan sehingga semua kejayaan dilakar dalam usia setahun GTP yang terlalu baru dan muda," kata laporan itu.

Kerajaan melihat masa hadapan akan membawa limpahan keberhasilan yang hebat menanti seluruh warga Malaysia.

"Sesungguhnya itulah keberhasilan yang menjanjikan masa hadapan yang lebih cerah buat kita sebagai satu negara, Satu Malaysia," kata laporan itu.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain