suria

RTC Dakwa Wan Azizah Sendiri Minta Untuk Saksikan Video; Shuib Kini Di Bt Aman

PETALING JAYA: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada awalnya telah meminta untuk menyaksikan rakaman klip video yang dikatakan mengandungi wajah seorang lelaki yang menyerupai suaminya - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkata pada Jumaat bahawa Dr Wan Azizah mahukan rakaman video itu diserahkan secara peribadi kepadanya.

Sebelum ini Dr Wan Azizah telah menafikan dakwaan yang mengatakan yang dia meminta untuk melihat sendiri video berkenaan.

“Memang dia ingin melihatnya tetapi sekarang dia cakap lain,” katanya sebagai respon kepada kenyataan Dr Wan Azizah yang beliau tidak berhasrat untuk menonton pun video itu. Dr Wan Azizah juga menyifatkan video tersebut sebagai palsu.

Rahim dan dua orang lagi iaitu seorang usahawan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa, Datuk Shuaib Lazim - telah muncul di khalayak ramai mengisytiharkan merekalah "Datuk T" yang bertanggungjawab mendedahkan kewujudan video berkenaan kepada media Isnin lalu.

Rahim berkata, pada mulanya seorang dari PKR telah bersetuju untuk membawa rakaman video itu kepada Dr Wan Azizah dan berjanji akan mengembalikan video berkenaan kepada mereka. Bagaimana pun, Eskay membantah kerana khuatir ia akan jatuh ke tangan orang lain.

Eskay, kata Rahim tidak mahu pihak lain membuat salinan dan mengedarkannya kepada umum.

Sementara itu Shuaib, telah dilaporkan ke Bukit Aman lewat Jumaat untuk membolehkan kenyataannya direkodkan.

Eskay dan Rahim telahpun membuat kenyataan masing-masing kepada polis pada petang Khamis.

Artikel Lain