Pelajar SPM Terbaik Diiktiraf, Wajar Mendapat Bantuan Kewangan - PM - Semasa | mStar

Pelajar SPM Terbaik Diiktiraf, Wajar Mendapat Bantuan Kewangan - PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengiktiraf bahawa semua pelajar yang mencapai keputusan terbaik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) wajar mendapat bantuan kewangan untuk melanjutkan pelajaran.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, inilah sebabnya mengapa semakin banyak agensi kerajaan dan sektor swasta tampil menyediakan biasiswa dan geran.

"Tahun lepas saya mengumumkan kerajaan akan menyediakan biasiswa kepada semua pelajar yang mendapat 9A+ atau lebih, tidak kira etnik atau kepercayaan mereka.

"Pada masa sama pelajar lain sewajarnya, yang keadaan sosio-ekonomi mereka mungkin menjejas keputusan SPM akan juga diberi bantuan.

"Saya sendiri telah menyerahkan geran kewangan kepada lebih 300 pelajar cemerlang SPM dan STPM 2009, disediakan oleh 1MDB, agar mereka dapat mencapai masa depan yang lebih cerah," kata beliau dalam blognya pada Jumaat.

Perdana Menteri menjawab komen daripada seorang daripada pengikutnya di Facebook, Keith Ng mengenai apa yang dapat disediakan kerajaan untuk pelajar cemerlang.

Bagaimanapun, Najib menarik perhatian bahawa ketika negara menunju kepada status negara maju, corak ekonomi makin pelbagai dan meningkat, dengan itu memerlukan modal insan yang memiliki kemahiran dan pengetahuan yang pelbagai.

Beliau berkata, ini bererti agensi dan sektor swasta yang mengeluarkan biasiswa perlu mengambil ingatan untuk melakukan pelaburan akademik yang akan menghasilkan faedah menjangkau lebih dari sepuluh tahun akan datang.

Najib juga mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang mendapat keputusan baik dalam SPM lepas, dan berkata tahun ini adalah keputusan terbaik yang dicapai dalam tempoh empat tahun lalu, dengan 9,239 pelajar mencapai A seluruhnya. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain