Lapan Tan Metrik Daging Babi Hutan Dirampas UPP - Semasa | mStar

Lapan Tan Metrik Daging Babi Hutan Dirampas UPP

PADANG BESAR: Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) merampas lapan tan metrik daging babi hutan yang telah diproses di sebuah stor haram di Kampung Kolam, di sini semalam.

Komander UPP Padang Besar ASP Noor Janihan Nanyan berkata rampsan itu dilakukan selepas sepasukan anggota UPP yang melakukan rondaan terserempak dengan kegiatan pemunggahan barangan yang mencurigakan daripada sebuah lori ke dalam premis itu kira-kira pukul 3 petang.

Hasil pemeriksaan, UPP mendapati premis itu dijadikan tempat simpanan daging itu manakala pemilik premis, seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun gagal mengemukakan lesen premis itu.

"Apabila meminta pemilik premis mengemukakan lesen, kami mendapati lesen itu sebenarnya beralamat di lokasi lain," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Beliau berkata, lelaki itu ditahan untuk siasatan oleh Jabatan Perhilitan.

Noor Janihan berkata nilai rampasan bagi kesemua daging itu dianggarkan RM40,000 mnakala sebuah lori bernilai RM60,000 yang digunakan bagi membawa daging itu turut dirampas.

Menurutnya berdasarkan siasatan awal, suspek dipercayai menmperolehi bekalan daging itu daripada pembekal di Perak untuk dijual di pasaran tempatan dan juga pasaran Thailand.

Suspek boleh didakwa mengikut Seksyen 46(2) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Beliau berkata kesemua daging yang dirampas itu akan dilupuskan.

Noor Janihan berharap kerjasama berterusan daripada orang ramai supaya melaporkan setiap kegiatan yang mencurigakan di kawasan Padang Besar dengan menghubungi talian 04-9490624 atau 9490625 untuk tindakan segera. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain