suria

Kit Siang Tak Berhak Bercakap Mengenai 'Double Standard' Tanpa Menyiasat

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat, Lum Ng Yong berkata pada Sabtu penasihat DAP Lim Kit Siang tidak berhak untuk bercakap tentang layanan adil dan 'double standards' tanpa melakukan siasatan sewajarnya.

Mengulas mengenai isu video seks yang dikatakan melibatkan seorang tokoh Pembangkang, beliau berkata bagaimana mungkin Lim menuduh kepimpinan Barisan Nasional (BN) terlibat.

Lim, katanya, tidak harus mengeluarkan kenyataan sedemikian jika beliau tidak terlibat secara langsung dalam hal itu.

Ng mendakwa kenyataan Lim itu hanya boleh mencetuskan kemarahan BN dan ia adalah salah satu taktik untuk memancing undi pada pilihan raya umum akan datang.

Ng berkata sebagai ahli politik berpengalaman, Lim harus bersikap adil dalam memberi khidmat kepada masyarakat dan tidak mensensasi setiap isu. - BERNAMA

Artikel Lain