Pelajar Politeknik Antara Yang Disyaki Terbabit Curi Motosikal - Semasa | mStar

Pelajar Politeknik Antara Yang Disyaki Terbabit Curi Motosikal

KANGAR: Polis menahan tiga lelaki termasuk seorang pelajar politeknik yang disyaki terbabit dalam kegiatan curi motosikal di beberapa daerah di negeri ini, awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Arau Supritendan Mohd Nadzri Hussain berkata ketiga-tiga mereka yang berusia antara 20 dan 21 tahun itu ditahan dalam satu operasi membabitkan anggota polis yang menyamar sebagai pembeli di Kampung Katong, Pauh dekat sini.

"Mereka ditahan pukul 5.30 pagi dalam operasi khas dan hasil pemeriksaan ke atas kereta Perodua Kelisa yang dinaiki ketiga-tiga lelaki tersebut polis menemui beberapa komponen motosikal," katanya.

Beliau berkata komponen terbabit dipercayai dileraikan daripada sebuah motosikal milik seorang pelajar politeknik di sini, yang dilaporkan hilang tengah hari Khamis.

"Dengan tertangkapnya suspek-suspek itu, pihak polis IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Arau percaya menyelesaikan kes kecurian motosikal pelajar itu dalam tempoh 24 jam," katanya.

Dalam pada itu katanya, polis kini menyiasat pembabitan ketiga-tiga lelaki tersebut dalam beberapa kejadian mencuri motosikal di Arau dan juga Kangar sejak kebelakangan ini.

Siasatan itu berikutan penemuan komponen motosikal di rumah salah seorang daripada mereka di Alor Setar, Kedah, katanya.

Mohd Nadzri berkata salah seorang daripada mereka juga dikehendakki IPD Kangar bagi membantu siasatan kecurian motosikal di daerah tersebut. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain

Awas! Obesiti boleh sebabkan kanser