suria

Ezam Minta Pihak Berkuasa Rampas Pasport Antarabangsa Anwar

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Senator Ezam Mohd Nor meminta pihak berkuasa merampas pasport antarabangsa Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menghalang ketua pembangkang itu daripada terus memburuk-burukkan nama Malaysia di luar negara.

"Saya mohon pihak berkuasa merampas pasport antarabangsa Anwar dengan kadar segera. Dia (Anwar) akan terus berusaha untuk menghancurkan politik dan ekonomi negara.

"Ini bagi mengelakkan Anwar daripada terus menjaja kes liwat yang sedang dihadapinya itu di luar negara serta memburuk-burukan nama Malaysia," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama di sini, Khamis.

Ezam berkata sebagai individu yang telah lama mengenali Anggota Parlimen Permatang Pauh itu, beliau sama sekali tidak akan percaya terhadap Anwar walaupun bekas ketuanya itu bersumpah menggunakan al-Quran.

"Saya yakin bahawa Anwar akan bersumpah jika beliau diletak di dalam suatu suasana terdesak dan jika beliau sudah tidak ada jalan keluar (berhubung dakwaan yang dihadapinya)," katanya.

Selain berhadapan dengan kes liwat membabitkan bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan, Anwar juga berhadapan dengan isu terbaru apabila dikaitkan dengan video aksi seks dengan seorang wanita.

Anwar telah menafikan penglibatannya dalam video itu. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain