Rakyat Perlu Nilai Integriti Pemimpin Pembangkang - Mustapa - Semasa | mStar

Rakyat Perlu Nilai Integriti Pemimpin Pembangkang - Mustapa

KOTA BAHARU: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed meminta rakyat menilai sendiri tanpa perlu dipengaruhi mana-mana pihak, integriti pemimpin pembangkang yang dikaitkan isu moral.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan itu berkata, rakyat akhirnya boleh menghukum pemimpin itu jika terbukti memang benar telah melakukan kesalahan moral.

"Sebagai rakyat, tentunya mereka mahu pemimpin yang mempunyai integriti yang tinggi untuk menjadi pemimpin dalam sesebuah negara.

"Kita mahu rakyat sendiri yang menilai buruk baiknya seseorang pemimpin yang mereka pilih," katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam sempena meraikan perpisahan Pegawai Pemerintah Batalion Pertama Rejimen Sempadan, Lt Kol Hamdan Othman ke Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur di sini, malam Rabu.

Tempat beliau akan diambil alih oleh Lt Kol Zunaidi Hassan daripada kementerian berkenaan yang turut dihadiri seramai 250 orang pegawai dan anggota serta isteri masing-masing termasuk Panglima 8 Briged Infantri yang berpangkalan di Pengkalan Chepa, Datuk Abdul Aziz Abdullah.

Mengulas isu itu lagi Mustapa berkata rakyat tentunya kini ternanti-nanti apa sebenarnya yang berlaku ke atas pemimpin politik parti pembangkang itu dan yakin akhirnya kebenaran akan terbukti juga.

"Umno tidak hairan dengan apa yang berlaku ke atas pemimpin pembangkang itu kerana suatu hari ia akan terbongkar juga.

"Sebagai rakyat pula, katanya, sudah tentu mereka mahu pemimpin yang bersih yang mempunyai integriti yang tinggi untuk memimpin negara", katanya.

Semalam Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan di Ibu pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur berhubung pendedahan video lucah dan menafikan pembabitannya.

Satu kumpulan yang enggan dikenali mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur wanita di sebuah hotel di sini yang menawarkan perkhidmatan seks.

Kumpulan itu, yang diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya hanya sebagai Datuk T, berkata mereka akan menyerahkan pita video itu kepada pemimpin pembangkang tersebut dan isterinya dalam masa seminggu ini. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain