Pelajar Cina Dapat A+ Dalam Tasawwur Islam - Semasa | mStar

Pelajar Cina Dapat A+ Dalam Tasawwur Islam

Pelajar Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Wong Yujing menunjukkan slip keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 yang diterimanya daripada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring di sini, Rabu. Yujing mendapat keputusan 10 A+ dalam semua mata pelajaran dan merupakan pelajar bukan beragama Islam yang berjaya mendapat keputusan A+ dalam mata pelajaran Tasawwur Islam.-Foto BERNAMA.
Pelajar Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Wong Yujing menunjukkan slip keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 yang diterimanya daripada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring di sini, Rabu. Yujing mendapat keputusan 10 A+ dalam semua mata pelajaran dan merupakan pelajar bukan beragama Islam yang berjaya mendapat keputusan A+ dalam mata pelajaran Tasawwur Islam.-Foto BERNAMA.

KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar berbangsa Cina mencatatkan sejarah tersendiri apabila memperoleh A+ bagi mata pelajaran Tasawwur Islam dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang keputusannya diumumkan pada Rabu.

Wong Yujing, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, adalah antara 17 pelajar cemerlang Terengganu yang mendapat 10A+ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Tasawwur Islam.

"Mata pelajaran Tasawwur Islam saya ambil kerana minat dan ingin tahu mengenai agama Islam," kata anak sulung daripada tiga beradik ketika ditemui pemberita di sekolahnya di sini pada Rabu.

Katanya beliau berminat mengikuti mata pelajaran tasawwur sejak di tingkatan empat lagi dan dia banyak dibantu oleh rakan-rakan Melayu yang mengikuti mata pelajaran itu.

Wong, dari Kampung Gong Badak berkata, beliau membaca buku teks mata pelajaran tasawwur dan cuba memahaminya dengan mendalam. "Dalam buku teks semua ada tentang tasawwur dan kita kena rajin mentalaah. Begitu juga mata pelajaran lain, saya tekun mempelajarinya. "Saya tidak suka tangguh buat kerja rumah. Saya akan pastikan kerja rumah siap seperti yang dijadualkan," kata Wong yang ingin melanjutkan pelajaran di bidang kejuruteraan di Amerika Syarikat atau England.

Seorang daripada empat pelajar terbaik SMK Agama Tok Jiring, Nur Zulaikha Ismail, berkata beliau berazam sejak awal lagi untuk memperoleh keputusan terbaik pada peperiksaan itu.

"Sebab itu saya sangat fokus dan memberi tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar dalam kelas. Kalau saya tidak faham saya akan bertanya selain banyak membuat latihan bersama rakan-rakan.

"Saya juga bertekad untuk mengubah hidup keluarga yang miskin. Dengan pelajaran saja saya fikir ia boleh mengubah iklim kehidupan keluarga," kata anak kelima daripada 10 beradik.

Anak pekerja kilang papan itu memperoleh 11A+ iaitu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah dan Bahasa Arab Tinggi.

Ayahnya Ismail Othman, 50, ketika ditemui, melahirkan rasa syukur dan melahirkan penghargaan kepada semua guru yang mengajar anaknya. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain