suria

Kelindan Lori Sayur Maut Di Lebuhraya KL-Karak

KUANTAN: Seorang kelindan lori maut dalam nahas membabitkan dua buah lori di Km 40 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak tengah malam Rabu.

Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata Fong Lee Ping, 45, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dalam kejadian kira-kira 12.45 tengah malam.

"Ketika itu, lori sayur yang dinaiki wanita berkenaan dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur ke Bentong. Sampai di tempat kejadian, pemandu lori berkenaan gagal mengelak sebuah lori lain di hadapan dan menyebabkan berlaku pelanggaran," katanya.

Pemandu kedua-dua lori hanya cedera dan menerima rawatan di Hospital Bentong. -BERNAMA

Artikel Lain