suria

Ibu Dan Anak Terbunuh Diseret Kereta

IPOH: Seorang wanita dan anaknya terbunuh apabila motosikal yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Bercham-Tanjung Rambutan di sini malam Selasa.

Ketua Polis Trafik Daerah Ipoh Deputi Supritendan (DSP) Mohd Rodzi Rejab berkata kedua-dua beranak itu, Awaliah Mohd Ali Napiah, 42, yang membonceng motosikal yang ditungganginya, Mohd Ariff Adam Yusri, 18, mati di tempat kejadian dalam nahas yang berlaku pada 10.1 malam.

Beliau berkata, kejadian berlaku apabila motosikal itu terbabas dan kedua-dua mangsa terjatuh di atas jalan raya, dan pada masa yang sama sebuah kereta dari arah yang sama merempuh mereka serta mengheret kedua-dua sejauh 23 meter. - BERNAMA

Artikel Lain