suria

48 Tan Rokok Putih Dirampas Di Pulau Pinang

BUTTERWORTH: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Pulau Pinang merampas 48 tan rokok putih bernilai kira-kira RM917,000yang cuba diseludup masuk melalui Pelabuhan Kontena Butterworth Utara (NBCT), di sini semalam.

Timbalan Pengarah Kastam Negeri R. Mariappa berkata bertindak atas maklumat awam, pihaknya menahan dua kontena dari Vietnam berisi muatan rokok berjenama "Zon King" di NBCT pada pukul 5.45 petang.

"Dagangan telah diikrar sebagai mengandungi bedak talkum yang dianggar seberat 48 tan. Rokok yang dirampas itu melibatkan duti berjumlah lebih RM4 juta," katanya.

Beliau berkata berdasarkan beberapa paket rokok yang diperiksa, didapati tiada amaran stamp, tanda dakwat keselamatan dan gambar amaran yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Mariappa berkata berdasarkan borang Kastam yang diikrar, pengimport adalah sebuah syarikat yang baru seminggu diwujudkan di Subang Jaya, Selangor.

Sehubungan itu, katanya seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an sedang dikesan untuk membantu siasatan.- BERNAMA

Artikel Lain