Wang Yang Baru Dikeluar Dari Bank Dikebas - Semasa | mStar

Wang Yang Baru Dikeluar Dari Bank Dikebas

KUANTAN: Seorang lelaki yang dipercayai baru mengeluarkan wang dari bank dan kemudianya singgah untuk minum di sebuah kedai kopi kerugian RM36,400 apabila wang tersebut yang disimpan di dalam kereta dikebas oleh pencuri.

Mangsa yang berumur 45 tahun sebelum itu berurusan di sebuah bank di Jalan Sultan Ismail di sini berhampiran kedai kopi tersebut.

Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, ASP Noor Ashikin Shamsuri berkata kejadian itu berlaku kira-kira 12.50 tengah hari semalam.

"Cermin depan sebelah kiri kereta mangsa telah dipecahkan dan mangsa turut ternampak dua suspek yang menaiki motosikal melarikan diri dari situ.

"Mangsa tidak sempat berbuat apa-apa," katanya.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Video Seks: PAS Tetap Sokong Anwar

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain