suria

Video Seks: KPN Kata Siasatan Menjurus Kepada Kesalahan Memiliki Bahan Pornografi

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, laporan polis yang dibuat oleh ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pendedahan satu rakaman video seks sebagaimana yang didedahkan kepada media massa pada Isnin akan disiasat di bawah kesalahan memiliki dan mengedarkan bahan pornografi.

Menurut Ismail, kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 292 Panel Keseksaan.

Beliau berkata demikian kepada para pemberita ketika ditemui sempena sambutan Hari Polis di Bukit Aman, Selasa.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas panjang mengenainya.

Anwar pada Selasa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini berhubung dakwaan seorang lelaki yang mengelarkan dirinya "Datuk T" yang mempertontonkan kepada wakil-wakil media dari dalam dan luar negara rakaman klip video adegan seks yang dikatakan melibatkan seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur dari luar negara.

Anwar menyifatkan, perbuatan "Datuk T" menayangkan rakaman video berkenaan kepada para wartawan sebagai intimidasi jenayah atau jenayah ugutan di samping percubaan memfitnah dirinya dan keluarganya.

Rakaman video tersebut dipertontonkan kepada beberapa organisasi media terpilih di Carcosa Seri Negara.

Anwar menegaskan, lelaki yang muncul dalam adegan seks sebagaimana yang dirakamkan dalam video berkenaan bukanlah dirinya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain