suria

Seorang Lagi Mangsa Kemalangan Di Pendang Meninggal Dunia

ALOR SETAR: Seorang lagi mangsa kemalangan di Pendang awal pagi semalam meninggal dunia hari ini setelah hampir 24 jam di rawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, menjadikan keseluruhannya enam mangsa maut akibat kemalangan itu.

Che Ishak Hussin, 55, dari Kampung Tualang, Pokok Sena meninggal dunia pada pukul 2 pagi di Unit Rawatan Rapi hospital berkenaan kerana mengalami pendarahan dalam otak dan patah kaki kanan.

"Semasa ayah meninggal awal pagi tadi, kami sekeluarga berada di sisinya dan kami reda dengan ketentuan Ilahi," kata anak sulung mangsa, Mohammad Zahir Che Ishak, 36, ketika ditemui di hospital itu, Selasa.

Semalam, lima guru silat maut apabila van yang dinaiki sembilan orang terbabas dan melanggar sebuah pokok di Jalan Titi Haji Idris, Pendang.

Kemalangan pada pukul 3.30 pagi itu berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang dari Sungai Buluh, Selangor selepas mengadakan persembahan silat pada majlis perkahwinan di sana.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain