suria

Lelaki Ditemui Mati Di Atas Jalan Dipercayai Kes Langgar Lari

BATU GAJAH: Seorang lelaki ditemui mati di atas jalan raya di Km 14 Jalan Ipoh-Lumut dekat sini malam tadi, dipercayai mangsa langgar lari.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah ACP Najib Mohamad berkata R. Paramsivam, 43, yang berasal dari Taman Bemban Raya, Batu Gajah, ditemui terbaring di atas jalan pada pukul 8.40 malam.

Polis turut menemui sebuah motosikal yang remuk dipercayai milik mangsa kira-kira 70 meter dari tempat kejadian, katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Katanya polis percaya Paramsivam digilis sebuah kenderaan lain berdasarkan kecederaan parah di kepalanya.

Najib meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat mengenai kes tersebut agar menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Gajah di talian 05-3629222 untuk membantu siasatan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain