suria

Polis Rampas Dadah, Tahan Dua Suspek

SEREMBAN: Polis menahan dua lelaki dan merampas heroin seberat 222.2 gram serta kanabis seberat 20.4 gram yang harga pasaran dianggar RM8,000, dalam Ops Tapis yang dilancarkan di daerah Jempol, malam Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri Sembilan V.R. Ravi Chandran berkata kedua-dua penganggur berumur 23 dan 37 tahun yang ditahan pada kira-kira pukul 11 malam itu kini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu dalam kes berasingan beliau berkata seorang pengawal keselamatan di Apartment Seri Jasmin, Mantin dekat sini menjumpai 15 bungkusan mampat ganja yang dibalut dengan plastik dan kertas putih, dalam sebuah beg yang ditemui di sebuah unit apartment kosong di kawasan itu pada kira-kira pukul 2.30 petang Khamis.

"Nilainya dianggar RM27,000. Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain