suria

Polis Maut Motosikal Hilang Kawalan

BALIK PULAU: Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas sebelum melanggar konkrit pada bulatan besar di Bayan Baru, awal pagi Ahad.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi itu, Micklose Manggor, 28, dipercayai menunggang dari arah Bukit Jambul sebelum motosikalnya hilang kawalan ketika memasuki bulatan besar tersebut.

Ketua Bahagian Trafik Daerah Barat Daya Cif Inspektor Mohd Zin Mat Ali berkata Micklose yang mengalami cedera parah di kepala maut di tempat kejadian.

Akibat rempuhan kuat itu juga pistol dan peluru yang dibawanya bertaburan di atas jalan, kata Mohd Zin ketika dihubungi.

Punca kejadian masih disiasat dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu agar menghubungi balai polis berdekatan.

Micklose yang berasal dari Sabah menyertai pasukan polis sejak sembilan tahun lepas dan bertugas di Balai Polis Sungai Dua, Seberang Perai Utara. - BERNAMA

Artikel Lain