suria

Penunggang Motosikal Maut Terlanggar Lori Di Jambatan P. Pinang

GEORGE TOWN: Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya terlanggar sebuah lori yang berhenti di atas Jambatan Pulau Pinang, di sini pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata Leow Shen Kheong, 50, yang parah di kepala maut di tempat kejadian.

Dalam kejadian pukul 8 pagi tersebut, Leow yang menunggang bersendirian dipercaya gagal mengawal motosikalnya sebelum melanggar lori rosak yang diletak di laluan kiri di Km7.1 menghala ke Butterworth itu, katanya kepada pemberita di sini.

Leow ketika itu dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah kawasan pembinaan di Butterworth.

Mayatnya dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. -BERNAMA

Artikel Lain