suria

Pembangkang Bohong Polis Kawal Ketat Sidang DUN Perak - Zambry

IPOH: Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini berkata pakatan pembangkang berbohong apabila mendakwa persidangan Dewan Undangan Negeri Perak masih dikawal ketat oleh polis.

Katanya persidangan yang berlangsung November lepas menjadi bukti bagaimanana ia berjalan dengan lancar dengan kehadiran anggota-anggota dewan daripada pembangkang yang turut sama bermesyuarat selama empat hari.

"Tak perlulah berbohong untuk cari alasan tak mahu hadir," katanya kepada pemberita di sini bagi mengulas kenyataan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pasir Panjang daripada PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin semalam meminta Menteri Dalam Negeri memberi jaminan persidangan DUN Perak yang dijadualkan bulan depan bebas daripada kawalan polis.

Mohammad Nizar dilaporkan berkata jaminan itu diminta kerana setiap kali berlangsungnya persidangan dewan itu, pasukan polis dikerah untuk mengadakan kawalan ketat.

Zambry berkata persidangan yang berlangsung sebelum ini jelas berjalan dengan baik dan tiada polis yang berkumpul di kawasan sekitar dewan seperti yang didakwa. -BERNAMA

Artikel Lain