suria

Pekerja Majlis Bandaraya Ipoh Jumpa Bom Mortar Tepi Parit

IPOH: Seorang pekerja Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menemui sebutir bom mortar di tepi parit ketika dia sedang membersihkan kawasan itu di Taman Klebang Jaya, Chemor di sini Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof berkata bom yang ditemui pada kira-kira pukul 4.15 petang itu dipercayai peninggalan zaman perang dahulu.

"Satu skuad unit pemusnah bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak akan memusnahkan bom itu malam ini," katanya.

Dua hari lepas sebutir bom jenis yang sama ditemui oleh seorang pengusaha kedai barangan lusuh di dalam timbunan barangan lusuh di kedainya di Jalan Maharaja Lela, Teluk Intan. - BERNAMA

Artikel Lain