suria

Kumpulan Kedua Rakyat Malaysia Tiba Dari Yaman

KUALA LUMPUR: Sembilan pelajar bersama seorang bayi tiba di tanah air dengan penerbangan Qatar Air malam tadi melalui misi membawa keluar rakyat Malaysia dari Yaman ekoran pergolakan politik tidak menentu di negara Arab tersebut.

Menurut kenyataan Kementeri Luar, seramai 23 orang lagi dijadual tiba hari ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menaiki tiga pesawat dari Dubai iaitu EK408, Ek346 dan EK342 manakala 27 orang lagi dijadual tiba awal pagi esok (Sabtu).

Sementara itu, Persatuan Pelajar Malaysia Yemen (Permaya) berkata keadaan di negara tersebut semakin meruncing dengan bunyi tembakan kedengaran pada waktu malam.

Presidennya Mohammad Iqbal Abu Yaziz berkata ada kalangan pelajar Malaysia yang diugut oleh kumpulan tertentu yang bertanya sama ada pelajar itu pro-kerajaan atau anti-kerajaan.

Permaya berpendapat pelajar harus dibawa pulang sekarang sebelum keadaan meruncing hingga menyukarkan proses penghantaran tersebut, katanya dalam satu kenyataan melalui emel pada Jumaat.

Menurutnya seramai 590 orang terlibat dalam proses penghantaran pulang ke Malaysia. -BERNAMA

Artikel Lain