suria

Bencana Alam Di Jepun Tidak Jejaskan Pelaburan PNB

KUALA LUMPUR: Bencana alam yang melanda Jepun sekarang ini tidak banyak menjejaskan pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB), kata Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Katanya ini ialah kerana pelaburan luar negara PNB hanya dilakukan di Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah.

Pelaburan itu juga kurang daripada 5.0 peratus, katanya kepada pemberita bagi mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Malaysia (ASM) di sini, Khamis.

Mengenai isu pembinaan Menara Warisan, beliau berkata perkara itu akan diumumkan bila tiba waktu yang sesuai. -BERNAMA

Artikel Lain