suria

Mohd Azhar Angkat Sumpah ADUN Tenang

NUSAJAYA: Mohd Azahar Ibrahim, calon Barisan Nasional yang memenangi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tenang pada 30 Januari lepas, mengangkat sumpah memegang jawatan sebagai anggota dewan itu pada Khamis.

Bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat, mengangkat sumpah di hadapan Speaker Datuk Mohd Ali Hassan apabila persidangan dewan itu bermula pada 9.30 pagi tadi.

Pada pilihan raya kecil itu, Mohd Azahar, 39, yang juga dikenali dengan panggilan mesra "Tok Ai", menewaskan calon PAS, Normala Sudirman dengan majoriti 3,707 undi.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Datuk Sulaiman Taha, 59, daripada BN pada 17 Dis tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis. BN mempunyai 50 wakil di DUN Johor, DAP empat dan PAS dua.

Terdahulu, dewan merakam takziah atas kematian Allahyarham Sulaiman dan bekas Menteri Bekas Johor Datuk Abdul Ajib Ahmad yang meninggal dunia pada 3 Februari lepas, akibat sakit jantung.

Abdul Ajib, 64, menjadi Menteri Besar Johor dari 1982 hingga 1986. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain