suria

MB Selangor Utus Surat Kepada PM Minta Penjelasan Berhubung Projek 'River of Life'

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengutus surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapatkan penjelasan berhubung projek 'River Of Life' bagi pembersihan Sungai Klang di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Surat itu dihantar semalam, katanya dalam kenyataan, Rabu.

Abdul Khalid berkata suratnya itu menjelaskan Selangor memulakan usaha membersihkan Sungai Klang kira-kira setahun lepas sebelum projek 'River of Life' yang dibahagikan kepada tiga aspek iaitu pembersihan, pengindahan dan pembangunan diumumkan oleh kerajaan.

Katanya, kerajaan Selangor juga telah menyenarai pendek tiga syarikat untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan Sungai Klang.

Sehubungan itu, beliau menyarankan Perdana Menteri mengadakan mesyuarat dengan tiga syarikat berkenaan bagi melihat teknologi yang dicadangkan oleh syarikat terbabit.

Projek "River of Life" dianggarkan bernilai antara RM8 bilion dan RM10 bilion dengan Fasa 1 dianggarkan berjumlah RM1 bilion hingga RM2 bilion.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain