suria

Tiada Arahan Bawa Pulang 207 Pelajar Tajaan Mara Di Jepun

KUCHING: Mara tidak menerima sebarang arahan daripada Wisma Putra dan Majlis Keselamatan Negara untuk membawa pulang 207 pelajar tajaannya di Jepun ekoran gempa bumi di negara itu pada Jumaat lepas, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau juga berkata, semua pelajar tajaan Mara di Jepun itu dilaporkan dalam keadaan selamat dan pihaknya sentiasa memantau perkembangan terkini.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis perasmian anjung ilmu dan tabung amanah Yayasan Pelajaran Mara (YPM) di sini, Rabu beliau berkata Mara masih lagi menunggu keputusan Wisma Putra dan MKN sama ada akan membenarkan 68 pelajar tajaan Mara yang dijadual bertolak ke Jepun pada Sabtu dan Ahad ini.

Mengenai anjung ilmu yang wujudkan oleh YPM, Shafie berkata sebanyak RM6 juta diperuntukkan untuk membangunkan 68 kemudahan itu di seluruh negara. - BERNAMA

Artikel Lain