suria

Gempa Sekuat 6.0 Landa Pantai Timur Honshu, Jepun

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter berlaku berhampiran Pantai Timur Honshu, Jepun pada pukul pukul 11.52 pagi Rabu.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata, gempa bumi itu berpusat di 3,911 kilometer dari Timur Laut, Kudat di Sabah.

Jabatan Meteorologi sedang memantau perkembangan gempa itu dan akan memaklumkan maklumat terkini kepada orang ramai

Jumaat lepas, Jepun digegarkan dengan gempa bumi kuat berukuran 9.0 pada skala Richter dan mencetuskan tsunami besar yang mengorbankan beribu nyawa. - BERNAMA

Artikel Lain