Anggota Bomba Dipukul Ketika Padam Kebakaran - Semasa | mStar

Anggota Bomba Dipukul Ketika Padam Kebakaran

GEORGE TOWN: Seorang anggota bomba hari ini membuat laporan polis bahawa dia telah dipukul oleh seorang lelaki tidak dikenalinya ketika sedang menjalankan tugas-tugas memadam api kebakaran sebuah bangunan lama di sini pagi Rabu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Azmi Tamat berkata anggota berpangkat penyelia berusia 50 tahun itu, membuat laporan polis bagi pihak jabatannya kerana lelaki awam terbabit mengganggu tugas anggota bomba.

Azmi berkata sebelum kejadian itu, bomba menerima panggilan kebakaran sebuah bangunan kosong yang pernah dijadikan kilang papan di Jalan Bukit Dumbar di sini pada pukul 7.45 pagi.

Seramai 28 anggota dengan empat buah jentera dikerahkan dan tiba di tempat kejadian lima minit kemudian terus mengawal api daripada merebak ke bangunan-bangunan kilang kayu dan gaharu bersebelahan.

"Beberapa lelaki awam yang datang ke tempat kejadian kemudiannya memberi arahan kepada pasukan bomba untuk menyiram air di kawasan yang tidak disambar api tetapi pasukan bomba enggan berbuat demikian kerana mereka sibuk memadam api kebakaran," katanya.

Azmi berkata, secara tiba-tiba seorang daripada lelaki terbabit berusia lingkungan 50-an dipercayai tidak berpuas hati kerana arahannya tidak dilayan terus memaki hamun pasukan bomba bertugas sebelum memukul anggota bomba berpangkat penyelia itu.

Katanya, insiden itu menimbulkan kekecohan dan berlaku pergelutan antara anggota bomba dan lelaki terbabit tetapi dapat dileraikan anggota bomba lain sebelum mereka memanggil polis.

"Anggota bomba itu kemudiannya membuat aduan di Balai Polis Jelutong dan kes itu diserahkan untuk siasatan polis," kata Azmi.

Azmi menasihati orang ramai agar menghormati anggota bomba ketika mereka menjalankan tugas kerana semua anggotanya adalah terlatih dan tahu apa yang harus dilakukan berdasarkan piawaian kerja.

Berdasarkan Seksyen 18 Akta Perkhidmatan Bomba 1988, seseorang pegawai bomba mempunyai kuasa untuk mengeluarkan orang awam dari tempat kejadian jika didapati mengganggu kerja-kerja Jabatan Perkhidmatan Bomba.

Selain itu, Seksyen 51 akta sama memperuntukkan kuasa kepada pegawai bomba untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap orang awam yang sengaja mencaci, menyerang, mengacau atau menghalang mana-mana pegawai bomba melaksanakan tugas mereka. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain

Nasharudin Mat Isa akan didakwa Selasa