suria

Premis Makanan Di Sekitar Port Dickson Ditutup

PORT DICKSON: Sebanyak 13 premis makanan di sekitar bandar ini dan Teluk Kemang telah diarah tutup sementara kerana tahap kebersihan yang kurang memuaskan.

Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Zailan Datuk Adnan berkata premis yang diarah tutup selama dua minggu itu ialah lapan buah restoran dan lima buah gerai.

"Kesemua premis makanan itu mendapat markah penilaian kurang daripada 65 peratus semasa operasi pemeriksaan kebersihan dilakukan baru-baru ini," katanya.

Zailan berkata dalam operasi itu, Majlis Perbandaran Port Dickson mengeluarkan sembilan kompaun bernilai RM3,500 kepada peniaga. -BERNAMA

Artikel Lain