suria

Pengawal Keselamatan Mengaku Salah Merogol

SHAH ALAM: Seorang pengawal keselamatan mengaku bersalah atas pertuduhan merogol seorang remaja berusia 14 tahun, penghujung tahun lalu.

Pengakuan Muhamad Ariff Jamaludin, 19, direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Latifah Mohd Tahar pada Isnin.

Tertuduh yang berasal dari Tapah, Perak didakwa melakukan kesalahan itu dalam lima kejadian berasingan, antara 26 dan 31 Disember 2010.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah pangsapuri yang terletak di Bukit Sentosa, dekat sini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur A’minahtul Mardiah Md Nor mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Latifah menetapkan kes itu disebut semula pada 21 April depan untuk mahkamah menjatuhkan hukuman.

Artikel Lain