suria

Pelajar Mara Di Jepun Selamat

KUALA TERENGGANU: Semua pelajar tajaan Mara yang sedang melanjutkan pelajaran di Jepun berada dalam keadaan selamat, kata Pengerusi Mara, Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata Mara telah menghantar satu pasukan untuk melihat dan memantau keadaan pelajarnya di Jepun yang dilanda gempa bumi dan tsunami.

"Sehingga ini 250 pelajar kita di sana berada dalam keadaan selamat kerana gempa bumi dan tsunami belaku di kawasan yang tidak melibatkan kawasan pelajar kita," katanya di sini, Selasa.

Mengenai 800 pelajar Mara di Mesir, Idris berkata setakat ini 30 peratus daripada mereka telah pulang semula ke Mesir untuk menyambung pelajaran sejak berlaku pergolakan di negara tersebut.

"Pelajar kita mula berlepas ke Mesir pada Ahad lepas dan masih ramai lagi yang akan berbuat demikian secara berperingkat-peringkat," katanya.

Beliau merasmikan Karnival Pendidikan Mara 2011 selama dua hari yang menyediakan lebih 27,000 peluang kepada pelajar untuk mengikuti pengajian di dalam negara. -BERNAMA

Artikel Lain