suria

Pegawai Kanan KSSB Ditahan Berhubung Kes Ugutan

SHAH ALAM: Seorang pegawai kanan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) ditahan polis pada Selasa bagi membantu siasatan berhubung dakwaan beliau mengugut menerusi panggilan telefon, seorang kakitangan syarikat itu, baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata lelaki itu ditahan pukul 9.30 pagi di Seksyen 7 di sini berikutan satu laporan kes ugutan.

"Suspek dipercayai mengugut pekerja KSSB dengan menggunakan telefon," katanya ketika dihubungi di sini.

Mohd Adnan bagaimanapun enggan mendedahkan identiti lelaki yang ditahan itu dan jawatannya dalam KSSB, anak syarikat kerajaan Negeri Selangor yang menguruskan permit pasir. - BERNAMA

Artikel Lain