Pemotong Rumput Kekal Penjara 15 Tahun Dan 6 Sebatan Rogol Anak Tiri

PUTRAJAYA: Seorang pemotong rumput kekal menjalani hukuman penjara 15 tahun dan enam sebatan bagi kesalahan merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap anak tirinya berumur sembilan tahun, 11 tahun lalu.

Ia berikutan kegagalannya dalam rayuan terakhir di Mahkamah Rayuan di sini pada Isnin, untuk mengenepikan sabitan dan hukuman penjara yang dijatuhkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Termerloh pada 12 Mei 2009.

Panel tiga hakim, yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, sebulat suara menolak rayuan lelaki berusia 42 tahun itu terhadap sabitan dan hukuman.

Dua hakim lain dalam panel tersebut alah Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad dan Datuk Mohamed Apandi Ali.

Lelaki itu didakwa atas dua tduhan iaitu merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii dengan memasukkan zakarnya ke dalam mulut kanak-kanak perempuan itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Felda Jengka 8, Bandar Jengka, Maran, Pahang, kira-kira pukul 10 malam, antara 9 Februari dan 11 Februari 2000.

Dalam prosiding rayuan, lelaki itu, yang tidak diwakili peguam, berkata beliau telah insaf dan perlu menjaga ibunya yang uzur.

Menurut fakta kes, lelaki itu melakukan perbuatan itu semasa ibu mangsa sedang menjalani rawatan di hospital akibat keguguran.

Dalam keterangan, mangsa memberitahu kejadian itu berlaku tiga malam berturut-turut dan dia memaklumkan insiden itu kepada ibunya selepas ibunya keluar dari hospital.

Pada 12 Jun 2006, Mahkamah Sesyen Temerloh melepas dan membebaskan lelaki itu atas dua tuduhan itu di akkhir kes pembelaan.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Temerloh membenarkan rayuan pendakwaan dan menjatuhi hukuman 15 tahun dan tiga sebatan rotan setiap pertuduhan terhadap lelaki itu.

Lelaki itu, yang bekerja di Awana Golf Club di Genting Highlands, diperintah menjalani hukuman itu serentak.

Ketika memohon mahkamah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi, Timbalan Pendakwa Raya, Andi Razalijaya A. Dadi, berkata perayu telah mengambil kesempatan melakukan perbuatan itu.

Akibat perbuatan perayu, kanak-kanak itu menghadapi trauma dan masa depannya terjejas, katanya. -BERNAMA

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain