suria

14 Pelacur Termasuk 'Mami' Mereka Ditahan Dalam Serbuan Polis

JOHOR BAHARU: Polis menahan 14 pelacur berketurunan Siam termasuk ibu ayam atau "mami" mereka dalam serbuan di dua buah rumah di Bukit Chagar dan sebuah hotel di sini, Isnin.

Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) IPK Johor, Deputi Supritendan Mohammad Abd Hamid, yang ditemui selepas serbuan itu berkata, mami itu dipercayai mengenakan pelanggan bayaran RM200 bagi setiap wanita yang dilanggan.

Kesemua wanita itu ditahan di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara satu tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mami berusia 32 tahun itu ditahan di bawah Seksyen 372A Kanun Keseksaan kerana menyalahgunakan orang bagi tujuan pelacuran yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara 15 tahun, sebatan dan denda.

Kesemua wanita itu, kecuali seorang, mempunyai dokumen perjalanan sah.

Seramai dua pegawai dan lapan anggota terlibat dalam operasi tersebut. - BERNAMA

Artikel Lain