suria

Wanita BN Tubuh Tabung Kemanusiaan Tsunami Jepun

KUALA LUMPUR: Wanita Barisan Nasional (BN) menubuhkan Tabung Kemanusiaan Tsunami Jepun bagi membantu rakyat Jepun yang terbabit dalam bencana gempa bumi dan tsunami Jumaat lepas.

Mengumumkan penubuhan tabung itu, Ketua Wanita BN Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil berkata inisiatif itu bermula dengan sumbangan sebanyak RM10,000 oleh pergerakan itu.

"Sesungguhnya Wanita BN dan seluruh rakyat Malaysia amat bersimpati dan prihatin terhadap tragedi gempa bumi yang melanda Jepun," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Shahrizat, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, menyeru rakyat negara ini supaya tampil membantu menghulurkan sumbangan.

Pihak yang berminat boleh berhubung dengan mana-mana Ketua Wanita Cawangan, Ketua Wanita Bahagian Umno atau parti komponen BN, katanya.

Gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter menggegarkan Jepun Jumaat lepas dan mencetuskan tsunami setinggi 10 meter di wilayah timur laut negara itu yang mengorbankan beribu nyawa.-BERNAMA

Artikel Lain