Najib Ingatkan Warga Pendidik Agar Tidak Terlalu Berpolitik - Semasa | mStar

Najib Ingatkan Warga Pendidik Agar Tidak Terlalu Berpolitik

PEKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan warga pendidik di institusi pengajian tinggi (IPT) supaya tidak terlalu berpolitik untuk mengejar jawatan, sebaliknya menumpukan kepada tugas mendidik anak bangsa.

"Jangan terlalu banyak sangat politik... sampai masa nak lantik Naib Canselor atau Timbalan Naib Canselor begitu banyak surat layang dan sebagainya saya terima.

"Saya lihat penyakit politik di universiti ini kadang-kadang lebih hebat daripada nak pilih calon pilihan raya. Ini satu budaya tidak sihat di universiti dan saya rasa malu kalau sikap warga universiti lebih kepada politik daripada tugas utama mengajar anak-anak kita," katanya ketika berucap pada lawatan ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini, Sabtu.

Turut hadir ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Naib Canselor UMP Prof Datuk Daing Nasir Ibrahim.

Dalam sidang media selepas itu, Perdana Menteri berkata kepuasan seseorang pendidik sepatutnya apabila berjaya membentuk minda pelajar dan bukannya mengisi sesuatu jawatan dalam pengurusan.

"Soal siapa jadi Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor biarlah proses penilaian dibuat secara objektif," katanya.

Sementara itu, Najib berkata IPT perlu memainkan peranan merapatkan jurang kemahiran untuk mengisi keperluan modal insan dalam menuju negara maju dan berpendapatan tinggi.

"Dari segi kelulusan teknikal masih lagi ada kekurangan dalam negara kita, sebab itu kita akan melihat semula perancangan kita supaya kita dapat memenuhi (modal insan) melalui peranan IPT dalam negara kita," katanya.

Justeru, beliau berkata peranan universiti di negara ini akan diperhalusi supaya menjadi lebih khusus dalam mengeluarkan tenaga kerja yang diperlukan oleh industri.

"Sebab itu universiti baru seperti UMP ini menjadi universiti teknikal melibatkan bidang teknologi dan modelnya ialah model universiti teknikal Karlsruhe, Jerman," katanya.

Pada majlis sama, Perdana Menteri turut melancarkan projek teknologi hijau UMP, yang dibangunkan secara usahasama anak syarikatnya, UMP Green Technology Sdn Bhd dengan Urban Environment Industries Sdn Bhd, membabitkan pembangunan kitar semula minyak dasar daripada minyak hitam terpakai menggunakan teknologi pengekstrakan yang dijangka dapat menyelesaikan masalah untuk melupuskan minyak hitam terpakai.

Projek usahasama itu dilakukan di kilang pemprosesan minyak pelincir terpakai di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan dengan kapasiti pengeluaran tahunan 14,000 metrik tan setahun. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain

BN kekalkan kerusi Parlimen Kimanis