Kos Tunai Haji Akan Diumum Dalam Masa Terdekat - Jamil Khir - Semasa | mStar

Kos Tunai Haji Akan Diumum Dalam Masa Terdekat - Jamil Khir

YAN: Kos mengerjakan ibadat haji akan diumumkan dalam masa terdekat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada Ahad.

Beliau berkata, kerajaan telah meneliti kajian mengenai cadangan itu yang dibuat Lembaga Tabung Haji (TH) tahun lepas.

"Tunggulah sama ada berlaku kenaikan kos atau tidak. Semua faktor yang mempengaruhi kos menunaikan fardu haji diambil kira, namun kerajaan manilai tambang yang bakal diumumkan nanti sebagai sesuai dan tidak membebankan jemaah," katanya.

Beliau yang ditemui pemberita selepas Majlis Jalinan Rakyat Bersama Menteri di sini, berkata antara faktor yang diambil kira TH dalam cadangannya ialah pembangunan yang berlaku di sekitar Masjidil Haram dan Kota Mekah.

Mengenai penghantaran balik pelajar Malaysia ke Mesir, Jamil Khir berkata, kerajaan pusat sedia memikul tanggungjawab negeri-negeri yang tidak sanggup atau enggan menanggung kos tersebut.

"Dari awal lagi saya beritahu perkara ini. Jadi janganlah mempolitikkan isu ini," katanya.

Beliau turut kesal dengan penyebaran berita kerajaan Kedah pimpinan PAS terpaksa menghabiskan RM2.5 juta bagi menghantar pulang hampir 1,000 pelajarnya ke Mesir baru-baru ini, yang menggambarkan kerajaan pusat lepas tangan. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain